Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rafizi Belum Layak Jadi...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan Naib Presidennya sendiri, Rafizi...

Allahyarham Nik Aziz Tokoh...

BAU - Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh politik...

Makin Ramai Didenda Beri...

SINGAPURA - Lebih ramai orang termasuk pelancong asing didenda kerana didapati memberikan makanan...

Isteri Mungkin Keguguran, Aliff...

KUALA LUMPUR - Usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memohon doa peminat buat...

Piala Malaysia: FELDA Uji Pemain Di Singapura

JEMPOL – Skuad FELDA United akan mengadakan perlawanan persahabatan di Singapura hujung bulan ini menentang Tampines Rovers FC dan Young Lions sebagai persiapan menghadapi saingan suku akhir Piala Malaysia bermula 3 Oktober ini.

Jurulatihnya, Irfan Bakti berkata dari perlawanan itu, beliau akan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pasukannya sebelum mereka menentang Selangor pada 3 Oktober dan 17 Oktober.

“Ketiadaan ketua pasukan, Shukor Adan dan pemain penyerang, Indra Putra Mahayuddin yang sekarang berlatih bersama pasukan kebangsaan tidak menjejaskan pasukan kita.

“Kami hormat Selangor sebagai pasukan gah dalam Liga Super. Namun harus diingat FELDA United muncul naib juara Piala FA musim ini.


“Menentang Selangor bukan mudah, tetapi kita mempunyai strategi dan yang penting akan mengawal rapi penyerang Selangor terutama Paulo Rangel dan Andik Vermansyah,” tambahnya.

Program Jelajah FELDA United ‘Jom Ke Stadium’ dilancarkan di sini malam tadi oleh Pengerusi Felda yang juga penaung FELDA United, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Mohd Isa berkata program jelajah itu yang diadakan di FELDA Wilayah Raja Alias dan FELDA Wilayah Mempaga adalah bagi membentuk kumpulan penyokong pasukan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Felda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori