KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin orang pertama yang mencadangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Beliau mendakwa, Menteri Kewangan selepas Daim, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melaksanakan cukai tersebut kerana tidak mahu membebankan rakyat.
“Semak balik ucapan belanjawan Anwar pada tahun 1992.GST mula-mula disebut oleh Daim.
“Apabila menjadi Menteri Kewangan, Anwar menerangkan bahawa oleh kerana kewangan negara yang baik tidak perlulah dilaksanakan GST kerana banyak syarat perlu dipenuhi sebelum GST boleh dilaksanakan,†dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media pada 10 september lalu melaporkan, GST yang bakal dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah untuk masa depan rakyat serta negara.
Pelaksanaan sistem percukaian baharu itu bukan sahaja lebih adil kepada pembayar cukai bahkan dapat memastikan ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan berdaya saing.
kerajaan dilaporkan mengambil masa selama 30 tahun untuk mengkaji baik buruk GST sehingga sistem itu buat pertama kalinya diumumkan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992.