KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan akan mengadakan satu sidang media pada pukul 3 petang ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, ada pihak mengeluarkan satu makluman media palsu mengenai perkara itu.
:Harap maklum bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan satu makluman media yang kononnya dihantar oleh saya.
“Makluman media itu bertajuk “Pengumuman Menteri Besar Selangor” yang memanggil sidang media jam 3 petang hari ini,†katanya dalam satu kenyataan media.
Fahmi berkata, makluman media tersebut adalah palsu, berniat jahat, dan tidak benar.
“Tidak ada sebarang sidang media yang dipanggil untuk petang ini,†katanya. – mynewshub.cc