Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Pikat Hati...

Kuala Lumpur : Selepas empat hari bersidang, Perhimpunan Agung Umno 2021 yang berakhir...

Penggantian Bas Sekolah Berusia...

KUALA PERLIS - Penggantian bas sekolah yang sudah berusia kepada bas baharu dilihat...

Datuk Rosyam Nor Terlibat...

AKTOR terkenal, Datuk Rosyam Nor dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di  di...

Kes Bunuh Jong-Nam: 14...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Disember depan...

Playboy Buas Taiwan Kena Penjara 79 Tahun

TAIPEI – Selepas berjaya mengelak daripada ditahan polis selama kira-kira tiga minggu, akhirnya seorang lelaki yang mendapat jolokan playboy Taiwan dihukum penjara 955 bulan atau hampir 80 tahun atas kesalahan merogol, lapor media.

Justin Lee yang juga anak hartawan terkenal di Taiwan disabitkan kesalahan menahan sejumlah wanita di rumahnya dan memberi bahan pengkhayal tertentu sebelum merogol mangsanya.

Aksi itu juga dirakam Lee menggunakan telefon bimbit dan peranti lain.

Difahamkan, antara yang menjadi mangsa Lee adalah model dan selebriti.

Perbicaraan yang berlangsung mendedahkan, Lee membiarkan mangsanya mabuk atau khayal di kelab malam serta pusat hiburan sebelum membawa mereka ke rumahnya dan melakukan pencabulan atau merogol mereka.

Mahkamah Tinggi Taiwan mengenakan hukuman penjara 79 tahun 7 bulan terhadapnya, iaitu hukuman lebih berat berbanding keputusan mahkamah terdahulu yang membicarakan kes berkenaan.


Lelaki itu juga diarah membayar pampasan AS1.15 juta (RM3.66 juta) kepada mangsanya.

Siasatan ke atas Lee dibuat selepas seorang daripada mangsa mengadu kepada polis.

Polis kemudian menemui video seks tersimpan dalam komputer serta telefon bimbit Lee sejak 2012, namun dia enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Sebaliknya Lee melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah rakannya dan hanya menyerah diri selepas 23 hari diburu.

Walaupun dihukum penjara hampir 80 tahun, Lee hanya perlu menjalani hukuman 30 tahun kerana ia adalah peruntukan maksimum bagi kesalahan seumpama itu. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori