Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Isteri Rakam Detik Diri...

Philadelphia (Amerika Syarikat) - Seorang wanita yang mati ditembak ketika pergaduhan dengan suaminya...

Ringgit Terus Menyusut Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka sedikit rendah hari ini, menerus aliran menurun berikutan...

Kenaikan OPR Tak Jejas...

AMPANG JAYA : Isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak dilihat sebagai faktor...

Kelakar.. Kerusi Taman Tersangkut...

GAMBAR seekor lembu yang dimuat naik di laman makro Twitter Bomba dan Penyelamat...

PM Ucap Tahniah Kepada Nicol Menang Emas Kedua Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol Ann David atas kejayaan merangkul pingat emas kedua negara pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan.

Nicol memenangi emas individu kelimanya dalam lima kempen sukan itu sejak 1998 selepas menewaskan rakan senegara Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10 pada perlawanan akhir skuasy individu wanita hari ini.

Perdana Menteri dalam tweet itu turut mengucapkan tahniah kepada Wee Wern, yang memenangi pingat perak kedua untuk kontinjen Malaysia.

“Syabas Datuk Nicol David dan Low Wee Wern kerana memberikan kita pingat emas serta perak. Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa. #Incheon2014,” katanya.

Lima pingat emas yang digondol Nicol pada temasya itu membuktikan beliau adalah pemain skuasy paling berjaya dalam sejarah Sukan Asia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori