Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Ada Ramai Kawan...

KUALA LUMPUR - "Di Kelantan tak ramai Bugis. Tapi saya ada ramai juga...

Masih Di Hospital, Tapi...

LOUISVILLE - Keadaan legenda juara tinju dunia, Muhammad Ali semakin baik sejak dimasukkan...

PM Bersarapan Dengan Rakyat...

ALOR SETAR - Walaupun sibuk dengan jadual lawatan kerja ke Kedah hari ini,...

Imigresen Ada Kongsi Maklumat...

SEPANG - Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali mempertahankan bahawa memang wujud...

Polis Bongkar Makmal Proses Syabu Di Shah Alam

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sebuah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah jenis syabu di sebuah gudang di Shah Alam, 5 September lepas.

Memetik laporan Mstar Online, dalam serbuan polis di kawasan perindustrian itu, polis merampas dadah syabu seberat 1.67 kilogram (kg), enam liter cecair syabu dan 122kg pil yang disyaki mengandungi bahan perkursor.

Selain itu bahan kimia antaranya asid hidroklorik, acetone toulene dan peralataan khas yang digunakan untuk memproses dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata sebuah dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) hasil maklumat daripada orang ramai.

Ketika serbuan kilang berkenaan didapati tidak berpenghuni dan tiada aktiviti memproses syabu dijalankan.


“Pihak polis telah mengenal pasti mereka yang terlibat dan akan memberkas mereka untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Rashid berkata, polis percaya makmal dadah tersebut mampu menghasilkan dadah jenis syabu dengan jumlah besar dalam tempoh 24 jam ia diproses. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori