Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

10 ADUN Kedah Angkat...

ALOR SETAR - Seramai 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan lapan daripadanya...

Berjiwa Muda, OOTD KJ...

JIKA diperhatikan apa sahaja yang dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pasti...

Pilihan Raya Kecil DUN...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan pilihan raya kecil (PRK)...

Nasi goreng RM6: Pelanggan,...

JEMPOL : Gara-gara tidak puas hati dengan nasi goreng kosong dengan telur berharga...

Polis Dedah Wajah Suspek Godam Mesin ATM

Polis hari ini telah mendedahkan imej rupa suspek yang telah menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di tiga cawangan bank iaitu Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.

Wajah sebahagian daripada suspek berkenaan didedahkan kepada umum melalui akhbar dan media tempatan.

[BACA Polis Lancar ‘Ops Albatross’ Buru Suspek Godam Mesin ATM]

Kesemua suspek itu kini merupakan komitmen polis untuk diburu dan dibawa ke muka pengadilan selepas mereka dikatakan berjaya membuat pengeluaran kira-kira RM3 juta dengan kerja menggodam sejak hujung minggu lepas.

SuspekATM_2

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman; Datuk Mortadza Nazerene, penjenayah itu menggodam sistem komputer ATM dengan memasukan cakera padat (CD) ke dalam ruang CD ROM mesin itu sebelum memasukkan sejenis virus komputer.


Virus berkenaan dikenali sebagai ulssm.exe.

“Pihak polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu untuk membantu siasatan polis dengan menghubungi SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839,” kata Mortadza.

Sehingga kini, suspek dipercayai warga Amerika Latin berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun dan mereka telah melakukan sebanyak 137 transaksi melesapkan wang di mesin ATM. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori