Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

TMJ Sah Presiden Baharu...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini sah...

RM800j Tuntutan Semula GST...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM800 juta tuntutan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

AirAsia Akan Terbang Ke...

SHANGHAI - Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia, akan terbang ke mana-mana bandar...

Lebih 100 Demo Bantah...

PULAU PINANG - Lebih 100 umat Islam mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Kompleks...

Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup 21,600 Liter Minyak

JOHOR BAHARU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan kegiatan menyeludup sebanyak 21,600 liter minyak berikutan penahanan sebuah lori tangki dan sebuah bot tunda di Kampung Pendas, Gelang Patah, semalam.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata lori dan bot yang sedang melakukan pemindahan minyak itu ditahan dalam serbuan di sebuah jeti persendirian pada 2.10 pagi.

“Bertindak atas maklumat, bot ronda RH6 PPM Wilayah Dua membuat serbuan di jeti tersebut dan mendapati terdapat sebuah lori tangki yang sedang memindahkan minyak jenis ‘tyre oil’ ke sebuah bot tunda,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Khiu berkata hasil pemeriksaan mendapati kapten bot itu gagal menunjukkan dokumen kelulusan berkaitan pemindahan minyak tersebut dan bot berkenaan juga berlayar tanpa kelulusan pelabuhan.

Beliau berkata jeti persendirian berkenaan pula dipercayai jeti yang tidak diwartakan dan tidak mempunyai kebenaran menjalankan aktiviti pemindahan minyak.


Katanya siasatan mendapati lori tangki tersebut membawa sebanyak 21,600 liter minyak jenis ‘tyre oil’ yang sebahagiannya telah dipindahkan ke dalam bot tunda.

“Enam kru bot tunda yang kesemuanya rakyat Indonesia, pemandu lori tangki dan dua lelaki yang dipercayai penjaga jeti berkenaan turut diperiksa,” katanya.

Menurutnya kesemua tahanan berserta barang rampasan yang dianggar bernilai RM1.34 juta termasuk lori dan bot dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua di Tampoi untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori