Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Kilat Di...

JOHOR BAHRU : Mangsa banjir kilat di daerah Pontian terus meningkat kepada 168...

Umat Islam Jangan Terperangkap...

SANDAKAN - Umat Islam di Malaysia hari ini diingatkan supaya berwaspa dan jangan...

Saman Jiran Pijak Semut,...

RIYADH - Seorang lelaki warga Arab Saudi dilapor memfailkan saman terhadap beberapa jirannya...

Bunuh Jong-nam: UK Akui...

KEMENTERIAN Pertahanan British mengakui pernah menjalankan ujikaji melibatkan agen saraf VX yang digunakan...

Fitnah & Hasutan: Polis Siasat Wartawan Portal Berita

GEORGETOWN – Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang wartawan sebuah portal berita berikutan laporan polis daripada pelbagai pihak mendakwa berita yang ditulis berbaur fitnah dan hasutan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sehingga malam tadi, sembilan laporan polis diterima berkaitan artikel bertajuk ‘Disoal siasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti penjenayah’ yang disiarkan dalam portal itu pada Isnin.

“Berikutan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, polis membuat kertas siasatan menurut Seksyen 41c Akta Hasutan 1948 kerana laporan yang disiarkan itu dikatakan boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.

“Polis akan memanggil wartawan wanita berkenaan untuk merekodkan keterangannya untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Artikel berkenaan menyiarkan temu bual wartawan berkenaan dengan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Phee Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri pada pukul 1.30 pagi ketika Phee masih dalam tahanan polis.

Ahad lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Phee kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).


Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri sedia memberi bantuan perundangan kepada wartawan berkenaan untuk memastikan amalan kebebasan bersuara dilindungi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata pihaknya telah menghantar  rakaman CCTV di kediaman Lim kepada pasukan forensik khas di Bukit Aman untuk mengenal pasti suspek yang membaling bom petrol di kawasan kediaman itu malam Sabtu lepas.

“Pasukan forensik di sini (IPK Pulau Pinang) telah meneliti rakaman berkenaan tetapi kami gagal mengenal pasti suspek dan nombor pendaftaran
motosikal yang dinaiki lelaki itu…oleh itu (rakaman CCTV) diserah kepada pasukan forensik di Bukit Aman,” katanya sambil menegaskan bahawa siasatan kes itu masih berjalan.

Dalam kejadian 11.48 malam itu, seorang suspek membaling bom petrol ke arah tempat letak kereta di kediaman Lim sebelum ia meletup dan terbakar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori