Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

ATM Hantar Hospital Bergerak...

JOHOR BAHRU - Penghantaran bantuan hospital bergerak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Hospital...

Kes Denggi N.Sembilan Catat...

SEREMBAN - Kes demam denggi di Negeri Sembilan mencatat peningkatan 14.7 peratus bagi...

Kerajaan Negeri Sedia Terima...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah bersedia dan terbuka untuk menerima segala teguran...

Sebak! Anak Mejar Yazmi...

MENYENTUH perasaan, sebak dan sayu.  Itu antara luahan netizen apabila beberapa siri foto...

Polis Tahan Geng Kongsi Gelap, Rampas Pistol & Peluru

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki disyaki anggota kongsi gelap Geng Pneh ditahan dan polis merampas sepucuk pistol bersama 44 butir peluru di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata lelaki berusia 27 tahun dan bertatu corak naga dan ikan pada badannya itu ditahan pada pukul 10 malam Selasa selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis yang membuat rondaan di hadapan sebuah pasar raya di Nibong Tebal terserempak dengan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan kami percaya dia anggota kongsi gelap berdasarkan tatu di bahu kanan dan dada kirinya.

“Susulan penahanan itu, lelaki terbabit membawa polis ke sebuah bengkel membaiki kereta milik bapa saudaranya di Jalan Besar Air Lintas, tidak jauh
daripada pasar raya itu dan hasil pemeriksaan kami menemui sepucuk pistol bersama 41 butir peluru .9mm dan tiga butir peluru jenis .45 auto,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata polis turut menahan bapa saudara lelaki itu berusia 53 tahun bagi membantu siasatan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis apabila didapati tidak mengetahui kegiatan anak saudaranya itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti bagaimana dia memperoleh pistol dan kenapa senjata api itu berada dalam simpanannya,” katanya sambil memberitahu bahawa lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori