Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cuepacs Mohon Pertimbang Bantuan...

KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan...

Arahan DBKL Pindah Kenderaan...

PAS menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan termasuk memindahkan semua...

Tempoh Diskaun Pembayaran Saman...

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman...

Kisah Sultan Johor Rasmi...

JOHOR BAHRU - Kisah ini sebenarnya dilaporkan oleh agensi berita rasmi Bernama pada...

Polis Tekad Buru Blogger Seks, Alvin Tan

Pihak polis bertekad untuk terus memburu blogger seks Alvin Tan sehingga dia berjaya diberkas, demikian kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Memetik laporan The Malaysian Insider (TMI), Khalib berkata Alvin dilihat semakin biadab apabila memuatnaik status dan gambar di akaun Facebook miliknya dengan tujuan memalukan beberapa pemimpin negara.

“Dia (Alvin) ingat dia boleh lari, bagaimanapun setiap negara ada peraturan dan kita akan tidak akan mengalah dalam memburunya,” kata Khalid.

Beliau berkata polis telah mula menyiasat kes tersebut dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang bertindak mengaibkan pemimpin negara menggunakan media sosial.

“Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut,” katanya menurut laporan TMI berkenaan.

Di laman sosial Facebook, tindakan Alvin cuba mendapatkan suaka di Amerika Syarikat dikecam pengguna laman itu.


Mereka menganggap Alvin penakut kerana tidak berani berdepan akibat daripada tindakannya sebaliknya melarikan diri.

Tan dan teman bloggernya Vivian Lee sebelum ini didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 kerana memuatnaik posting berkaitan makanan Bak Kut Teh pada bulan Ramadhan tahun lepas.

Mereka mengajak umat Islam untuk berbuka dengan hidangan berkenaan yang dimasak mengunakan tulang babi di dalam negara yang berpenduduk majoriti umat Islam.

Alvin dalam satu temubual dengan TMI tidak lama dulu berkata, meninggalkan Malaysia adalah satu-satunya ‘tindakan rasional’ kerana dia tidak berdaya melawan apa yang dianggapnya “kezaliman dan kejahilan”. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori