Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Remos Kambing ‘Handsome’ Yang...

KUALA KANGSAR - Di sebuah ladang di Enggor di sini terdapat seekor kambing...

Krisis Ekonomi: Lebih 1/2...

BOGOTA - Lebih setengah juta rakyat Venezuela terpaksa mencari perlindungan di Colombia selepas...

Jualan Telefon Pintar, Apple...

SEOUL - Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple Inc. bersedia untuk mengatasi Samsung...

Peniaga Rugi RM310,000 Diperdaya...

KUALA LUMPUR : Seorang ahli perniagaan kerugian RM310,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam...

Matematik Dan Bahasa Tamil UPSR Juga Bocor

Pihak Polis menerima dua lagi laporan berhubung kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata kali laporan melibatkan kebocoran kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

Beliau mengesahkan laporan polis berkenaan dibuat oleh Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

“Ya, kami terima laporan itu dan akan menyiasat,” kata Tajuddin memetik laporan portal The Malaysian Insider.

Beliau berkata, laporan itu akan disiasat pasukan sama yang sedang mengendalikan kes kebocoran bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan sebelum ini.

Seramai 473,175 murid Tahun 6 menduduki UPSR di seluruh negara tahun ini. Mengikut jadual asal, ia berlangsung dari 9 hingga 11 September.


Sebelum ini, mereka dijadualkan menduduki semula kertas Bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September kerana laporan kebocoran awal. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori