TUMPAT – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka pada 9 pagi ini di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini.
Proses itu dijadual berlangsung selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sobri Ramli, mengumumkan nama calon yang bakal bertanding dalam PRK itu pada 25 September ini.
Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BH Online