Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Permohonan Bantuan Zakat Kini...

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) telah melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan...

81 Penjawat Awam Bersalah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 81 pegawai perkhidmatan awam didapati bersalah di bawah tindakan...

4 ADUN Umum Hilang...

MELAKA - Empat ADUN kerajaan, sebentar tadi mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Ketua...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan dipercayai mengajar tiga wanita warga China termasuk kekasihnya...

PRK Pengkalan Kubor: SPR Puas Hati Proses Pembuangan Undi

TUMPAT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan perjalanan proses pembuangan undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sehingga jam 10 pagi ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata beliau berpuas hati dengan suasana pengundian yang kelihatan berjalan lancar.

“Dari pemerhatian saya, tiada sebarang gangguan atau halangan yang boleh menghalang pengundi dari menjalankan tanggungjawab mereka.

“Saya juga mendapati kehadiran pengundi begitu memuaskan dan berharap dengan cuaca yang baik ini, pengundi kawasan ini akan mengambil kesempatan pergi mengundi awal,” katanya kepada pemberita ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, di sini, pagi tadi.

Mohd Hashim berharap suasana tenang ini akan berterusan sehingga pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.


“Kedua-dua parti kelihatan dapat mengawal keadaan masing-masing dari berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluangkan masa meninjau perjalanan pembuangan undi di sekolah ini.

Beliau sempat bertegur sapa dan bersalaman dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, yang kebetulan membuat tinjauan di sekolah yang sama. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori