Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tujuh Beranak Makan Nasi...

KOTA BHARU - Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib tujuh beranak, di Kampung...

Anwar Mohon Hadir Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon...

Tiada Sidang Media Keputusan...

KUALA LUMPUR - Tiada sidang media khas akan dibuat bagi pengumuman keputusan peperiksaan...

Polis Tembak Mati 2...

IPOH - 'Ari' dan 'Kenjo' iaitu dua anggota kumpulan penjenayah warga asing paling...

PRK P’kalan Kubor: Pemuda PAS Lihat Penduduk Pegang Ketuhar

KUALA LUMPUR – Kelibat beberapa pembonceng motosikal di Pengkalan Kubor, Kelantan memegang ketuhar berjenama Pensonic sudah cukup untuk membuatkan parti PAS berasa panik mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di situ.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya berasa curiga dengan senario tersebut maka meminta pihak berkuasa membuat siasatan kerana mendakwa ketuhar itu mungkin berunsur rasuah.

“Kita mengecam strategi yang kotor seperti ini dan ini bukanlah yang kali pertama berlaku.” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mendakwa parti pihak lawan dalam PRK Pengkalan Kubor menggunakan taktik yang tidak disenangi PAS dalam kempen mereka.

“Sebelum ini sudah ada sabotaj terhadap PAS di mana ada pihak-pihak tertentu mengedarkan buletin palsu yang kononnya dikeluarkan oleh pihak PAS,” dakwanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori