Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Sistem Pengairan Punca...

SUNGKAI - Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah membina sistem saliran longkang yang baik...

Mogok Lapar Di Rumah...

Patna (India) - Seorang pengantin baru di sini melancarkan mogok lapar di hadapan...

Ambil Pekerja Lulusan Institusi...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia menggalakkan pengusaha restoran dan kedai makan untuk...

3 Exco Kerajaan Selangor...

PARAH... PAS Selangor mendakwa tiga exco dari parti tersebut dalam barisan kerajaan Selangor...

PRK P’kalan Kubor: Pemuda UMNO Jejak 1,000 Pengundi Muda

KOTA KINABALU – Pemuda UMNO sedang berusaha menghubungi 1,000 pengundi muda berdaftar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan untuk menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil DUN itu 25 September ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya mengenal pasti seramai 1,000 daripada kira-kira 5,000 pengundi muda di kawasan itu berada di luar daerah Tumpat mahupun di luar Kelantan.

“Saya telah mengarahkan jentera Pemuda di semua negeri untuk mengesan seterusnya menghubungi mereka supaya boleh pulang menunaikan kewajipan mengundi kerana rata-rata mereka berada di perantauan untuk mencari rezeki.

“Kita ingatkan jentera jangan berhenti kerana kita masih mempunyai baki empat hari lagi untuk menghubungi mereka dan mengajak mereka pulang mengundi, sekali gus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program FitMalaysia-Sabah di Teluk Likas di sini, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, parti berharap golongan muda memberi kepercayaan kepada calon BN sekali gus memberi kemenangan kepada parti.

Ditanya keyakinan BN untuk mengekalkan kerusi DUN itu, Khairy berkata berdasarkan pemantauan, pertandingan dijangka sengit.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Ia membabitkan pertandingan tiga penjuru antara antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Sementara itu, Khairy menyelar tindakan pihak tertentu yang membawa gerakan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk kedua-dua negeri keluar daripada Malaysia.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil ke atas individu terbabit kerana isu itu sangat berbahaya dan tidak boleh dibiarkan berlanjutan demi kesinambungan dan kepentingan kedua-dua negeri itu dalam Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori