Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pekerja Hotel Dijel, Tunjuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja hotel terpaksa 'bermalam' di penjara gara-gara berbogel dan...

Malaysia Bekerjasama Dengan Interpol...

GEORGETOWN - Malaysia akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan bakal pengganas yang menggunakan...

Jadi Duta Lebih Untung...

SEKARANG ini sudah menjadi kebiasaan apabila artis yang sedang meningkat naik menceburi bidang...

250,000 Anggota JKKK Dilindungi...

KAJANG – Seramai 250,000 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan...

Produksi ‘The Band’ – Isu Bayaran Tertunggak Hanya Salah Faham

INGATKAH lagi anda dengan luahan rasa tidak puas hati pengacara Awal Ashaari berkenaan isu bayaran tertunggak oleh pihak produksi program ‘The Band’, baru-baru ini?

Menurutnya, kesemua selebriti sudah menerima bayaran masing-masing kecuali dirinya sejak program itu tamat awal Jun lalu.

Bagi menjernihkan keadaan, jurucakap produksi tersebut menerusi mStar Online berkata, berlaku sedikit salah faham antara pihak mereka dengan Awal.

Menurutnya, pengacara tersebut tidak tahu bahawa dia masih dalam proses untuk menerima baki 80 peratus bayarannya.

“Takkanlah dalam produksi itu hanya Awal sahaja yang tidak dapat bayarannya, sedangkan artis lain telah mendapat wang masing-masing. Selepas Awal mendedahkan yang dia belum menerima bayarannya, kami terus menghubungi pengacara itu bagi menjelaskan situasi sebenar.

“Pihak kami ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan profesional, lebih-lebih lagi kita saling bekerjasama dalam industri seni hiburan tempatan,” jelasnya.

Sebelum ini, Awal turut memberitahu dia sudah bertanyakan perkara itu beberapa, namun pelbagai alasan diberi.


Hmm, kadang-kadang bagus juga kalau sesetengah perkara didedahkan di media.

Barulah kelam-kabut nak selesaikan, betul tak?

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori