Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BN Yakin Dapat Rampas...

GUA MUSANG : Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan...

Rakyat Perlu Sihat Untuk...

BAGAN DATUK - Rakyat Malaysia perlu sentiasa memastikan mereka berada dalam keadaan cergas...

Khairul Tidak letak Harapan...

KUALA LUMPUR - Selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal...

Lelaki Rogol Rakan Sekerja...

TAWAU - Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki merogol rakan sekerjanya dalam...

Projek Lebuh Raya Sungai Di Kedah Dilaksanakan Dalam RMK-11

ALOR SETAR – Projek lebuh raya sungai yang dicadangkan di beberapa daerah di Kedah, terutama Pendang, bagi mengalihkan aliran air sungai yang bengkak-bengkok dijangka dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM350 juta untuk projek itu termasuk RM100 juta untuk kerja pengambilan tanah, bagi membantu mengatasi masalah banjir yang memusnahkan tanaman padi di kawasan-kawasan tertentu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata projek itu memakan masa beberapa tahun untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan belanja yang sangat besar.

” Ia satu projek besar, sebab itu dimasukkan dalam RMK-11. RMK-11 merupakan rancangan lima tahun dan ia akan dimuktamadkan pada Disember depan, ada proses-proses tertentu (sebelum dapat dilaksanakan)

” Kita akan cuba segerakan. Apabila RMK-11 bermula, kita berharap ia dapat dilaksanakan pada awal RMK-11. Kerajaan negeri dah maklumkan kepada kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan setuju (nak laksanakan projek itu) kerana nampak manfaatnya. Sebab itu dapat kelulusan, cuma makan masa (untuk dilaksanakan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-31 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Suraya Yaakob, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Datuk Othman Aziz dan Pengerusi Jemaah Pengarah PPNK Datuk Badri Yunus.


Projek lebuh raya sungai terutama di Pendang telah lama dicadangkan oleh PPNK bagi mengelakkan berlaku kerosakan tanaman padi akibat air sungai masuk ke kawasan sawah padi.

Mukhriz berkata dengan adanya lebuh raya sungai, sebanyak 11,000 hektar tanah yang kini dikategorikan bermasalah berikutan masalah seperti tanah jerlus dan tanah tenggelam akan mendapat manfaat.

” Tanah jerlus sahaja 8,000 hektar, ada juga tanah tenggelam. Kalau ada lebuh raya sungai selesai masalah. Bayangkan 11,000 hektar tanah beri hasil pertanian terutama padi, ia akan beri impak besar kepada hasil pertanian negeri,” katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata walaupun kerajaan negeri menumpukan kepada usaha membangunkan teknologi tinggi, kerajaan negeri tidak melupakan bidang pertanian sebagai kekuatan utama negeri ini.

” Negara-negara seperti Jepun dan Korea, mereka memberi tumpuan kepada peningkatan hasil dan digunakan macam-macam teknologi. Tanah pertanian
menghadapi pelbagai masalah…soal pembangunan, masalah jerlus, tenggelam, kering kontang. Tanah semakin mengecil, ia memerlukan teknologi tinggi. Gandingan ini saling membantu untuk meningkatkan pendapatan (petani dan peladang),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori