SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd (Proton) akan mula membuka tempahan bagi model kompak terbaharunya yang kini dikenali dengan kod nama PCC menjelang hujung minggu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata model itu yang dibangunkan dengan pelaburan RM500 juta akan dilancarkan pada 25 September ini di kilang Proton Tanjung Malim.
Katanya, susulan pembukaan tempahan itu, syarikat menjangkakan memperoleh tempahan awal mencecah 6,000 unit.
“PCC menggunakan platform baharu, yang kali pertama kami bangunkan secara khas bagi segmen B.
“Ia dibangunkan pada kualiti yang cukup dinamik sebagai pemangkin untuk Proton ke peringkat global,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – BH Online