Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRN: Mesyuarat Enam Negeri...

GEORGETOWN - Menteri Besar dan Ketua Menteri dari enam negeri akan mengadakan mesyuarat...

PATI Guna Cap Palsu...

IPOH - Seorang lelaki warga Vietnam disyaki menggunakan cap palsu Jabatan Imigresen antara...

100,000 Rakyat Malaysia Hidap...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan...

Setiausaha Agung MUDA Fail...

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Hariri Abd...

Proton IRIZ Rancang Teroka Pasaran Global

SHAH ALAM – Proton Holdings Berhad (PROTON) merancang untuk mengeksport model kereta terbarunya, Proton Iriz ke pasaran global dalam tempoh enam bulan akan datang bagi memberi nafas baru kepada aktiviti eksport kumpulan itu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, aktiviti eksport adalah penting bagi memastikan pasaran PROTON terus berkembang dengan baik memandangkan pada masa ini pasaran automotif tempatan agak terhad disebabkan persaingan dengan pelbagai jenama kereta lain.

“Kami berhasrat meneroka pasaran eksport dengan lebih meluas pada masa akan datang dan akan mewujudkan model kereta PROTON pemanduan kiri bagi memenuhi pasaran bagi segmen terbabit yang kini mewakili 70 peratus daripada pasaran dunia,” katanya pada majlis pengenalan model prototaip Proton Iriz Active di sini, semalam.

Beliau berkata, United Kingdom dan Eropah adalah pasaran yang dilihat berpotensi untuk diterokai Proton Iriz, namun menegaskan aktiviti eksport akan dimulakan dengan pasaran pemanduan kanan sebelum mengubah suai model itu ke pemanduan kiri mengikut permintaan pasaran.

Menurutnya, beliau optimis dengan sambutan terhadap Proton Iriz pasa masa ini dan menjangkakan perkembangan kewangan kumpulan itu sedikit sebanyak bergantung kepada jualan model terbabit dan dijadikan ukuran sebelum penghasilan sebarang model baru lain.

“Pada masa ini, kami akan fokus kepada pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum memulakan langkah ke luar negara dan kami ingin menegaskan Proton Iriz adalah model yang sudah banyak dipertingkatkan dan memiliki kualiti untuk memenuhi permintaan pasaran luar,” katanya.


Ketika ditanya mengenai jumlah tempahan Proton Iriz, Mahathir berkata sehingga kini jumlah tempahan mencecah 17,000, namun menjangkakan jumlah itu mampu meningkat berdasarkan sambutan diterima sejak dilancarkan tiga hari lalu.

“Berdasarkan angka ini, kami perlu bekerja keras untuk terus mempromosikan model ini dan kami bersedia berhadapan dengan peningkatan tempahan dengan cara meningkatkan keupayaan pengilangan berdasarkan permintaan,” katanya.

Pada masa sama, PROTON memiliki perancangan untuk mewujudkan model dalam segmen ‘saloon car’ seperti Saga versi baru pada masa akan datang, namun menegaskan ia perancangan yang mengambil masa panjang dan turut bergantung kepada penerimaan masyarakat umum terhadap Proton Iriz.

PROTON memperkenalkan model prototaip Proton Iriz Active apabila ia dibangunkan dengan elemen rekaan dan kekemasan terbaru serta turut dilengkapi teknologi moden sebagai usaha untuk meneroka pasaran kenderaan utiliti sport mini. – HMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori