Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

IS Dakwa Serang Resort...

TUNIS - Kumpulan militan negara Islam (IS) mendakwa bertanggungjawab dalam serangan di sebuah...

Jawatan Tertinggi Dalam PAS...

KOTA BHARU - Dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu disandang mereka dari dalam...

Apa Harus Dibuat Jika...

SENARIO penolakan bayi untuk menyusu bukan sahaja dialami oleh ibu yang baharu kali...

Remaja Sawan Mati Lemas...

TUMPAT - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menghidap sawan mati lemas...

Pujian Obama Terhadap T’formasi Ekonomi Satu Pengiktirafan

NEW YORK – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pujian Presiden Barack Obama terhadap kesungguhan Malaysia melakukan transformasi ekonomi sebagai satu pengiktirafan ke atas negara.

“Ucapan Obama sedikit sebanyak menggambarkan pengiktirafan Amerika terhadap usaha kita untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara maju,” kata Perdana Menteri.

Khamis lalu, Obama dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-69, memuji Malaysia yang menjana pertumbuhan ekonominya tanpa mengorbankan tradisi dan kepercayaan terhadap agama.

Obama menegaskan dalam usaha membendung keganasan, dunia Arab dan Islam seharusnya memberi tumpuan terhadap potensi rakyat, khususnya golongan belia.

Perubahan yang positif, ujar Obama, tidak semestinya datang dengan mengorbankan tradisi dan kepercayaan terhadap agama.


Ini, katanya, terbukti dengan apa yang dapat dilihat di Malaysia. Usahawan Malaysia, kata Obama, bersemangat dan bertenaga untuk menggerakkan negara yang satu ketika dulu pernah dijajah ke arah status negara maju.

Pada sidang akhbar pada akhir lawatan kerja sembilan hari bermula 20 September sempena UNGA, Najib juga berpuas hati dengan hasil pertemuan bilateral dengan beberapa pemimpin.

“Mereka melihat Malaysia bukan saja boleh menjadi rakan, tetapi membantu mereka dalam pelbagai aspek,” katanya.

Di celah sesi UNGA, Najib sempat mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, termasuk dari Belanda, Mark Rutte, Muhammad Nawas Sharif (Pakistan) dan Xavier Bettel (Luxembourg). – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori