BUAT kaki pancing, ini merupakan berita gembira buat anda.
Pusat memancing Thye Fishing Village & Resort yang terletak di Merbok, Kedah menawarkan pakej penginapan serta ia beroperasi selama 24 jam sehari!
Dengan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM30 seorang, anda boleh memancing selama 12 jam dengan konsep ‘catch and release’ namun anda juga boleh membeli ikan yang ditangkap, yang dijual mengikut harga pasaran.
Selepas ditangkap, anda bolehlah suruh tukang masak di pusat memancing ini untuk memasak ikan segar hasil tangkapan anda tadi secara terus dan hasilnya memang terbaik, super fresh!
Menurut pemiliknya, Tan Boon Thye, sebanyak 20 kolam terdapat di sini di mana sebanyak 15 kolam untuk penternakan udang sementara selebihnya adalah kolam untuk memancing.
(Tan Boon Thye)
Satu rod pula boleh disewa pada harga RM30 bagi tempoh 12 jam, memang berbaloi-baloi!
“Selain memberikan perkhidmatan memancing, kami juga menawarkan bilik untuk mereka berehat di mana kami hanya caj sebanyak RM98 bagi sebuah bilik,” katanya ketika ditemui MYNEWSHUB di Bedong, Kedah, sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 anjuran Tourism Malaysia dan Majalah Santai Travel, Sahabat Media Kedah, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, selain orang tempatan, pusat memancing tersebut turut dikunjungi pelancong serta kaki pancing dari seluruh dunia antaranya Jepun, Singapura dan Australia selain penduduk dari luar Kedah iaitu dari Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.
Perancangan di masa hadapan, Thye menyatakan pihaknya mahu menanam sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan untuk lebih menarik perhatian pengunjung ke situ.
Antara ikan segar yang boleh didapati di sini ialah siakap, kerapu, jenahak dan lady fish.
Jadi, buat kaki pancing, apa tunggu lagi, ‘pack your bag and travel to Kedah’, untuk mengalami sendiri pengalaman memancing yang ternyata unik serta lain daripada lain di mana anda boleh berehat sebentar dan kemudiannya menyambung aktiviti tanpa sebarang caj tambahan yang dikenakan. Menarik bukan? – MYNEWSHUBÂÂ
Oleh: JULIANA JOHAR