DI sebalik sikap liarnya yang gemar berparti, namun anak bongsu Putera Charles dan mendiang Puteri Diana, Putera Harry, 30, berjaya mengungguli carta teratas sebagai ahli kerabat diraja Britain yang paling disukai penduduk di United Kingdom.
Undian yang dijalankan oleh organisasi YouGov itu memperlihatkan nenda Harry, Queen Elizabeth berada di tangga kedua, manakala abangnya, Duke of Cambridge, Putera William di tempat ketiga sementara isterinya, Kate Middleton di tangga keempat.
Harry disukai kerana sikapnya yang jujur serta personalitinya yang sangat disenangi menurut hasil undian yang dikumpul oleh organisasi terbabit.
Harry sebelum ini terlibat dengan kontroversi gambar bogelnya ketika berparti di Las Vegas, Amerika, dua tahun lalu sehingga memberikan imej buruk terhadap institusi diraja Britain.
Namun, Harry juga berjaya memperlihatkan sisinya sebagai seorang kerabat diraja yang berdisplin dan bertanggungjawab apabila menyertai misi ketenteraan rahsia di Afghanistan beberapa tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE