JIKA beberapa hari lalu, pengacara Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Zizan Razak ditegur kerana memakai seluar ketat sehingga menampakkan ‘bonjolan’ yang tak sepatutnya, kali ini Qi Razali pula mengikut jejak yang sama.
(BACA: Zizan Mohon Maaf Isu Seluar Ketat Tonjol ‘Anu’)
Seluar ketat tersebut dipakainya sewaktu sesi penggambaran sebuah majalah perkahwinan.
Ia sekaligus menjadi bahan usikan netizen apabila tersebar di laman sosial.
Tak mengapalah. Kita mungkin boleh bersangka baik dengan menganggap Qi tidak perasan dengan apa yang berlaku.
Tapi, selepas ini diharapkan agar pihak yang bertanggungjawab melakukan ‘editing’ lebih peka dengan gambar seperti ini.
Silap hari bulan, bukan konsep perkahwinan yang ditatap, tapi ‘benda’ lain pula, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC