LEBIH seminggu yang lalu, heboh cerita mengenai produser kontroversi, Raja Azmi yang dikatakan sudah tidak sehaluan dengan suaminya yang juga pemain bass kumpulan CRK, Eddie.
Pada waktu itu, belum ada pihak yang tampil untuk memberi penjelasan mengenai kesahihan gosip itu.
(BACA: Rumahtangga Raja Azmi Dan Eddie Sudah Mula Berantakan?)
Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab menerusi pengakuan Raja Azmi sendiri yang memberitahu mereka sudah tidak tinggal sebumbung lebih sebulan lalu menerusi portal Murai.com.
Menurutnya, masalah itu berpunca kerana tindakannya yang keluar rumah tanpa meminta izin suaminya itu.
“Memang saya yang salah dalam hal ini, dan saya sudah pun memohon maaf dengan Eddie. Dia juga telah menegur kesalahan saya tetapi cara Eddie menegur itu membuatkan saya sedikit terluka dan saya juga tidak dapat menerimanya,†jelasnya.
Aduhai, kes merajuklah ni…
Kalau boleh selesaikanlah elok-elok ya.
Jangan kerana perkara remeh, rumahtangga yang baru setahun jagung dibina berkecai di kemudian hari, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC