Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Solidariti Anggota Parlimen Usul...

KUALA LUMPUR - Parlimen hari ini menyaksikan solidariti antara anggota Parlimen kerajaan, pembangkang...

Proton: Pakar Permotoran Jawab...

KUALA LUMPUR - Proton harus mara sebagai satu jenama dan mempunyai rakan kongsi...

Kanak-Kanak Tertusuk Besi Di...

MENAKUTKAN. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di China berdepan dengan keadaan yang...

“Tanah Kami Hilang, Nyawa...

TAMBAK Johor sudah sesak teruk berpuluh tahun. Setiap hari 300,000 orang ulang-alik dari Johor...

Rakyat Bimbang, Kesal Pengunduran Khalid Sebagai MB

KLANG – Kebimbangan dan rasa kesal timbul di kalangan rakyat di Selangor di saat menantikan siapa akan dinamakan sebagai menteri besar yang baharu.

Walaupun ramai penyokong Pakatan Rakyat begitu kritikal terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mahu beliau disingkirkan, tetapi ramai rakyat yang berasa kecewa dengan pengunduran beliau.

Ejen insurans, Mandy Chee, 33, berkata dia akan mengenang Khalid sebagai menteri besar.

“Dia seorang yang baik dan merendah diri. Secara peribadi, saya merasakan ciri-ciri ini adalah penting dalam seorang pemimpin.

“Dan, dia juga sentiasa tersenyum,” kata ibu kepada dua anak dari Klang itu.

Pengurus pelaburan di sebuah bank, Ahmad Zaili Ariffin, 41, berkata, Khalid telah melakukan tugas dengan baik untuk negeri Selangor.

“Saya tahu ramai yang gembira dengannya dan saya sedih untuk melihat beliau mengundurkan diri,” katanya.

Ahmad Zaili menambah, rakyat menyukai Khalid kerana projek dan program yang dilaksanakannya begitu dengan keperluan mereka.

Peguam, Mohan Ramakrishnan, 42, berkata, Khalid membantu meningkatkan ekonomi negeri dan begitu cermat dalam perbelanjaannya.


“Beliau mungkin terlalu berjimat tetapi ini yang kita mahukan. Kita mahu seorang pemimpin berjimat-cermat dengan wang rakyat seperti mana beliau berjimat-cermat dengan wangnya sendiri,” kata Mohan.

“Adalah baik bagi negara mempunyai menteri besar yang berkaliber, berbanding ahli politik yang taksub, lebih menumpukan untuk menjadi popular berbanding berkhidmat untuk rakyat dan memerlukan keperluan mereka,” tambahnya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MajlisProfesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pakatan Rakyat dan PKR membuat kesilapan besar dengan menyingkirkan Khalid.

Beliau menambah, ia bukannya mudah untuk mencari seorang lagi menteri besar seperti Khalid, yang tegas dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan berbanding yang lain.

“Legasinya akan kekal di Selangor. Malangnya Khalid disingkirkan di dalam situasi yang tidak wajar,” katanya.

Menurut sumber, kelewatan dalam menamakan menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada tahun lepas berlaku kerana terdapat usaha oleh kumpulan tertentu untuk menjadikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memegang jawatan itu bagi menggantikan Khalid.

Sultan Selangor menitahkan kepada tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, supaya menyerahkan empat nama apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata dalam kempennya bahawa Khalid mungkin tidak akan menjadi menteri besar lagi.

Bagaimanapun, ketiga-tiga parti akhirnya bersetuju untuk mencalonkan Khalid dan melantiknya semula untuk jawatan itu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori