Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Terus Fokus Atasi...

KOTA BHARU - Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada usaha mengatasi kadar kemiskinan...

Cik Adik Ni Cari...

Rasanya pada zaman sekarang semua orang dah maklum apa maksudnya bila jari tengah...

2 Gay Disebat 85...

JAKARTA - Sebuah mahkamah syariah tempatan di Banda Aceh menjatuhi hukuman sebat 85...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Fasa 18 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur...

Rasuah: Pembantu Penguasa Kastam Dipenjara 5 Bulan

IPOH – Seorang Pembantu Penguasa Kastam dijatuhi hukuman  penjara lima bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan meminta rasuah RM500, tahun lepas.

Hakim Madihah Harullah memerintahkan tertuduh Haminuddin Mohamed Hair, 40,  menjalani hukuman penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda itu.

Sebelum itu, tertuduh yang ketika itu bertugas di Unit Eskport Import Kastam, Cawangan Zon Perdagangan Bebas (ZPB) Kargo MAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, turut mengakui fakta kes.

Dia dituduh meminta suapan RM500 daripada Sahabudin Mohamed Gani sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap Sahabudin yang menjual dan menyimpan rokok tidak dibayar cukai.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pasar Mini Saburthan, Lot 326, Kampung Banggol Pasir, Jalan Air Kuning-Changkat Jering pada pukul 4 petang, 13 Mei tahun lepas.

Haminuddin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori