Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ayai (Illusi) Juara Gegar...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar...

Dua Lelaki Ditahan Dipercayai...

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki yang memuat naik kenyataan disyaki berbaur ugutan...

Misi Chef Rinrin Perkenalkan...

NAMANYA mungkin agak asing berbanding selebriti lain kelahiran negaranya, namun peminat program makanan pasti...

Video: Tentera AS Kongsi...

VIDEO seorang bekas tentera Amerika Syarikat menceritakan bagaimana dia tertarik untuk memeluk agama...

Remaja Mengaku Salah Cederakan Pelajar UiTM

ALOR GAJAH – Seorang remaja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, di sini semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan ketika merompak seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dua minggu lalu.

Tertuduh, Rahim Othman, 20, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Dalam mahkamah sama, seorang penarik kereta berusia 41 tahun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan kerana bersubahat dengan tertuduh pertama.

Tertuduh pertama dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa merompak Siti Irina Ridzwan, 20, di Apartmen Dimesi, kira-kira 6.15 pagi, 10 September lalu.


Dia berhadapan pertuduhan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda atau disebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Amir Fusyairi Ahmad Anuar yang dituduh bersubahat dengan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

Dia dituduh di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh didenda dan disebat jika sabit kesalahan. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori