Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kim Jong-Un Arah Tentera...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, mengarahkan pasukan tentera di barisan hadapan...

Pandelela Raih Gangsa Piala...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg mempamerkan aksi cemerlang untuk...

Warga Emas Maut Dalam...

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di...

Kedah Bentang Belanjawan Realistik,...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Harapan (PH), hari ini membentangkan Belanjawan...

Replika Pedang Rasulullah Antara Tarikan Pameran

KUALA TERENGGANU – Replika Pedang Rasulullah SAW dan pedang yang pernah digunakan para sahabat adalah antara koleksi yang dipamerkan dalam Pameran 1001 Senjata di Muzium Negeri Terengganu mulai hari ini.

Penolong Kurator Kanan (Pendaftaran) muzium, Mohd. Arifin Muda berkata, ia menjadi tarikan utama pameran kali ini memandangkan pedang tersebut kini tersimpan rapi di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.

“Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan hak untuk mempamerkan replikanya di sini dan sangat berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri replika pedang itu.

“Selain itu, pameran kali ini turut mempamerkan ratusan koleksi senjata di seluruh nusantara yang digunakan sejak 600 tahun dahulu, iaitu sejak kerajaan Majapahit sehinggalah ia mengalami pelbagai transformasi sehingga membawa kepada terciptanya senjata moden ketika ini,” katanya selepas majlis perasmian yang disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori