Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pemimpin Dunia Zahir Kesedihan...

BANGKOK : Pemimpin dunia memberi reaksi terhadap berita tragedi pembunuhan menggunakan pisau dan...

Trend Tak Bermoral: Pekerja...

SARAH Birnel, pemilik sebuah Coffee House di Washington, Amerika Syarikat mendakwa berjaya memperoleh keuntungan...

RPK: Zeti Jadi Gabenor...

LONDON - Bukan sedikit malah mungkin cecah RM44 bilion atau lebih susulan pendedahan...

Akta KWSP Benarkan Pengeluaran...

PETALING JAYA – Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran bagi memenuhi...

Resipi Cucur Ikan Bilis Yang ‘Confirm’ Gebu Schbammms!

Cuaca yang berangin sepoi-sepoi bahasa begini, hati penulis terasa syahdu untuk menikmati minum petang klasik rakyat Malaysia iaitu cucur ikan bilis.

Cucur, atau jemput-jemput sememangnya menjadi antara pilihan utama ketika ‘high tea’, sama ada di rumah mahupun di hotel.

Bukan sahaja resipinya mudah dan ‘confirm’ jadi, malah bahannya juga tidak terlalu menghauskan poket anda.

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang skeptikal mengapa perlu buat sendiri sedangkan makanan ini ‘bersepah’ dijual di merata tempat? Kenapa nak susah, tepung cucur ADABI® kan ada? Kenapa poyo sangat?

Sebenarnya lebih baik masak sendiri, lebih jimat dan kita tahu apabila kita sediakan makanan sendiri, kita hanya akan gunakan bahan yang terbaik.

Cubalah resipi cucur ikan bilis ini, anda pasti puas hati!


Bahan-Bahan:

½ kilo tepung gandum
3 – 4 biji cili merah (ditumbuk)
Ikan bilis secukupnya (dibuang perut dan ditumbuk separuh lumat bersama cili)
1 – 2 biji bawang besar (dimayang)
Garam secukup rasa
Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dimasukkan dalam satu bekas dan dibancuh dengan air panas.
2. Bancuhan seharusnya tidak terlalu cair,biar pekat dan likat kerana ianya akan menghasilkan cucur yang lebih lembut.
3. Biarkan sejuk sebentar dan dijemput mengikut saiz yang disukai dan goreng dengan minyak bersuhu tinggi.
4. Toskan lebihan minyak dan hidangkan segera bersama kuah kacang atau sos cili. Perrgh!

Oleh: Sara Khalid

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori