SEBUAH restoran di Brooklyn, New York telah menetapkan syarat di mana setiap pelanggannya tidak dibenarkan berborak dan berbual sepanjang menikmati sajian di kedai makan tersebut.
Menurut pemiliknya, Nicholas Nauman, dia mendapat idea tersebut ketika melancong ke India di mana ketika itu dia tertarik dengan pemandangan sami Budhha di sana yang langsung tidak berborak sepanjang menghabiskan sarapan mereka.
Selain itu, Nicholas mengatakan dia berbuat demikian untuk restorannya ialah untuk membolehkan pelanggan menhargai dan menikmati sajian dan masakan yang ditempah dalam keadaan yang senyap dan sunyi.
Ada ke restoran di Malaysia yang nak tiru konsep macam ni, tapi rasanya tak perlu kot kerana dengan hanya kehadiran telefon pintar pun telah menjadikan masing-masing kurang berbual apabila bertemu di mana-mana kedai makan mahupun majlis keramaian.
Bukankah itu fenomena biasa yang melanda masyarakat masa kini yang tak lekang memandang telefon pintar masing-masing walau di mana sahaja mereka berada. Betul tak? – MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE