Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ikan Gergasi Dari Amazon...

KAKI pancing di Sungai Johor dikejutkan dengan penemuan bangkai ikan gergasi air tawar...

Kenaikan OPR Tak Jejas...

AMPANG JAYA : Isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak dilihat sebagai faktor...

Pertandingan Empat Penjuru PRK...

BUKIT MERTAJAM - Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 7...

Lori Rempuh Konvoi Motosikal,...

KUALA LUMPUR — Seorang maut, enam cedera parah apabila sebuah lori merempuh sekumpulan...

Restoran Pernah Masuk Program JJCM Hidang Nasi Hampir Basi…

BUKAN sekali dua kita mendengar aduan orang ramai mengenai makanan yang dihidangkan di sesetengah restoran.

Ia termasuklah kehadiran bendasing yang menjijikan, selain kualiti makanan yang teruk.

Menerusi Facebook Acong Nizam, dia meluahkan kekesalannya ketika mengunjungi sebuah restoran di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Bukan sahaja nasi dan ayam yang dihidangkan terasa basi, pelayan restoran tersebut juga menunjukkan wajah ‘ketat’ ketika diminta menukar nasi yang baru.

Menariknya, restoran tersebut pernah muncul dalam sebuah program TV terkenal iaitu ‘Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)’.

restoran

restoran

Restoran Pernah Masuk Program JJCM Hidang Nasi Basi...


Setahu kami, kebanyakan restoran atau kedai makan yang muncul dalam program tersebut akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Justeru, adalah tidak wajar untuk membiarkan perkara seperti ini berlaku kerana ia akan mencalarkan nama restoran.

Kadang-kadang ia mungkin berpunca daripada kesilapan pekerja, tetapi pemilik restoran sepatutnya membuat pemantauan secara kerap bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang kembali di masa akan datang.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori