Adakah anda seorang peminat basikal yang bosan dengan lampu basikal yang kecil dan kurang bercahaya? Inginkan lampu basikal yang tampak cool?
Lebih-lebih lagi kepada pengguna basikal fixie, Revolights adalah produk yang sesuai buat anda.
Revolights adalah salah sebuah kisah kejayaan di Kickstarter. Ia mula mendapat pembiayaan dari laman web crowd funding tersebut dan kini ia telah berjaya menjadi syarikat yang menjual produk ini secara komersial.
Yang menariknya tentang lampu basikal ini adalah ia diletakkan pada roda basikal dan bukan handlebar dan ia memberikan pencahayaan lebih baik daripada lampu basikal biasa dengan 8 LED dan kecarahan 35 lumens.
Kadar kapasiti Baterinya mampu bertahan selama 4 jam untuk sekali cas.
Apa yang menarik juga adalah lampu belakangnya juga akan berkelip-kelip menandakan anda sedang membrek.
Ia juga mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelak daripada dicuri. Oleh kerana anda perlu mencabut roda basikal untuk memasang dan menanggalkan alat ini, selagi anda mengunci roda basikal anda, alat ini sukar untuk dicuri.
Terdapat tiga variasi bagi anda untuk memilih jenis yang berpadanan dengan basikal dan harga seunit Revolight ini bermula dengan USD199 (RM635)
Sumber: kickstarter, Revolight
Oleh: hzqahmd