Tak ada niat sikit pun nak mengaibkan makcik ni apatah lagi ia mungkin pemandangan biasa semasa kenduri di kampung.
Tapi bagi kami memang lawaklah sebab mat rempit sejati pun biasanya akan buka helmet bila tiba time makan.
Lagi pun bagi kebanyakan orang, helmet ni kalau tak sebab naik motor memang tak sesuailah dijadikan sebahagian fesyen harian sebab berat kot.
Melihat pada komen diberikan pada gambar ini, ada yang teka makcik ni lupa nak tanggal helmet sebab dah lapar sangat dan ada juga yang teka makcik ni takut helmet kena curi atau dia memang jenis tak kisah pandangan orang lain asalkan selesa.
Kami pula berpendapat inilah gaya rider otai tahap lejen! – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC