BAB peminat menegur artis secara terbuka khususnya dari segi penampilan memang sudah menjadi kebiasaan di laman sosial.
Menerusi pemerhatian kami, tidak semua artis menerima cara ini dengan baik, malah ada yang boleh mengundang pertengkaran.
Terbaru, Rita Rudaini mengalami perkara yang sama apabila ada peminat yang cuba menasihatkannya secara terbuka di akaun Instagram mengenai kewajipan menutup aurat di salah sebuah gambar yang dimuatnaiknya.
Merasakan cara teguran itu menjatuhkan air mukanya, dia membalas semula komen peminat tersebut secara baik.
Bagi kami, tiada apa yang salah dalam teguran peminat tersebut.
Cumanya, cara menegur itu dilihat tidak sesuai kerana ia turut dibaca oleh orang lain.
Kami percaya jika anda ditegur secara terbuka di akaun sosial, mesti ‘menyirap’ juga kan?
Justeru, kami sarankan agar setiap artis meletakkan alamat emel masing-masing agar peminat yang benar-benar ikhlas menasihati mempunyai saluran untuk berinteraksi terus kepada mereka. Kan senang?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC