Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Government Shutdown’ Jika Belanjawan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan dapat berfungsi atau ‘government shutdown’ jika Belanjawan 2021...

Rashidi Ishak Bengang

KUALA LUMPUR – Pelakon Rashidi Ishak menempelak tindakan segelintir individu yang kerap menegur...

Tiket Piala AFF Mula...

SINGAPURA – Peminat Harimau Malaya berpeluang membeli tiket perlawanan untuk Piala Suzuki Persekutuan...

Tony Pua Sahkan Bertemu...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen DAP, Tony Pua hari ini mendedahkan beliau bertemu...

Riz Zaizizi Hampir Cari Kerja Lain Kerana Album Tak Laku

MUNGKIN ramai yang sudah terlupa dengan Naib Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Riz Zaizizi ini.

Yalah, dengan lambakan peserta program realiti tanahair, memang susah nak ingat kesemuanya terutamanya yang dikategorikan sebagai ‘artis sendu’.

Riz adalah antara penyanyi yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan rakan seperjuangannya seperti Stacy, Ika Nabila dan Lufya yang lebih menyerlah dalam industri hiburan.

Memetik laporan mStar Online, dia hampir berputus asa apabila albumnya yang berbajet RM100,000 tidak laku.

Pasrah dengan apa yang berlaku, Riz berkata dia hampir menghantar resume untuk bekerja dalam bidang lain, namun membatalkan hasrat itu kerana ditegah keluarganya.

Bagaimanapun, peluang yang dibuka oleh syarikat Kelarai Sakti milik komposer terkenal LY dan isterinya, Baiduri untuk mencari penyanyi sedikit-sebanyak telah membantunya.

Selain berpeluang menyanyikan lagu ‘Singkapkan Doa Kami’ sempena kehilangan pesawat MH370, dia turut merakamkan single terbaru ‘Sempurnakan Aku Dan Dia’ yang bakal berkumandang di radio, tidak lama lagi.


Apapun, kami harapkan percubaan Riz kali ini akan membuahkan hasil.

Yalah, kadang-kadang rezeki itu tidak datang sekelip mata.

Ada yang bertahun-tahun gagal dalam bidang seni, tup-tup kerana satu lagu, namanya meletup-letup di kalangan peminat hiburan…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori