Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengguna Twitter ‘Back Up’...

SEJAK semalam, gambar seorang lelaki yang santai tertidur di atas sebuah lori sampah mula...

Penyelia Selenggara Bangunan Maut...

KOTA KINABALU - Seorang penyelia selenggara bangunan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat...

Harga Runcit Minyak Mingguan:...

KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara mingguan...

Kerakyataan Warga China Mengikut...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan individu warga China mendapat kewarganegaraan...

RM1 Juta Untuk Beri Cahaya Kepada Kuala Perlis

KANGAR – Kuala Perlis yang terkenal sebagai pusat makanan laut akan berubah wajah apabila projek pencahayaan bernilai lebih RM1 juta dilaksanakan awal tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata projek bakal dilaksanakan Majlis Perbandaran Kangar dan dijangka siap dalam masa enam bulan.

“Projek ini antara usaha kerajaan negeri menarik pelancong yang singgah di Kuala Perlis untuk ke Langkawi, bermalam sekurang-kurangnya satu malam sebelum meneruskan perjalanan mereka.

“Saya yakin projek ini dijangka menarik ramai pengunjung ke Kuala Perlis dan sekali gus meningkatkan industri pelancongan serta aktiviti perniagaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga berusaha untuk memujuk pihak swasta melabur di Kuala Perlis bagi membina terminal kapal canggih yang boleh dijadikan pusat aktiviti sukan air.

“Kita sudah melihat beberapa model terminal kapal di negara jiran untuk dilaksanakan di Kuala Perlis. Terminal feri yang ada sekarang hanya cukup untuk menampung keperluan feri yang memberi perkhidmatan Kuala Perlis-Langkawi.

“Perancangan ini termasuk pembesaran jalan, pembinaan hotel baharu, pusat membeli-belah serta membaik pulih pekan Kuala Perlis dan infrastruktur berkaitan,” tambahnya.


Azlan berkata Kuala Perlis telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat meluncur angin, jet ski, lumba perahu panjang dan kenu manakala Empangan Timah Tasoh bagi sukan kenu, perahu layar dan luncur angin.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas yang  dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pelancongan Negeri, Mohd Jamil Saad bagi melaksanaan projek yang dirancang.

“Perancangan jawatankuasa ini dijangka diumumkan menjelang akhir tahun dan akan dilaksanakan pada suku kedua dan ketiga tahun depan,” kata Azlan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang dilantik sebagai Penaung Kehormat Kejohanan ‘Malaysia Orienteering Asean Cup Circuit Grand Finale 2014’
menyaksikan majlis penyerahan tajaan kepada penganjur Magnet Edge Orienteering Sports Club di sini semalam.

Kejohanan dua hari itu mulai Sabtu ini akan disertai kira-kira 300 peserta mewakili Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia di Hutan Lipur Bukit Ayer dekat sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori