Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MCA Pastikan BN Terus...

MELAKA - Parti MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) saling memerlukan antara...

Trump Tarik Diri Krisis...

FLORIDA - Presiden Donald Trump dilapor memberitahu penasihatnya bahawa beliau mahu menarik balik...

Kira-Kira 3,500 Murid Di...

KUALA LUMPUR Kira-kira 3,500 murid dari 1,288 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia...

Video: Tokan Dadah Langgar...

RAKAMAN video sebuah kereta yang dipandu secara melulu kemudian merempuh seorang anggota polis sebelum...

Robert Irwin Ikut Jejak Bapa Jadi ‘Crocodile Hunter’

QUEENSLAND – Anak kepada selebriti televisyen Australia, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai ‘Crocodile Hunter’ mula mengikuti jejak langkah mendiang bapanya apabila beraksi bersama seekor buaya air masin di hadapan penonton di sebuah zoo di Sunshine Coast di sini, lapor MailOnline kelmarin.

Semasa pertunjukan itu, Robert, 11, bukan sahaja tidak menunjukkan reaksi takut, malah dia kelihatan gembira ketika mendekati haiwan ganas berkenaan sambil dibantu oleh rakan bapanya, Wes Mannion.

Para penonton yang menyaksikan persembahannya itu teruja apabila melihat Robert menghampiri reptilia itu sebelum mencampakkan potongan daging ke mulut haiwan tersebut.

“Saya pernah lihat dia (Robert) memberi makan kepada buaya beberapa kali sebelum ini namun jaraknya tidak terlalu dekat seperti ini,” ujar seorang penonton.


Penyanyi terkenal Justin Timberlake antara penonton yang menyaksikan persembahan Robert.

Irwin meninggal dunia pada 4 September 2006 ketika berusia 44 tahun selepas disengat seekor ikan pari di terumbu Great Barrier Reef, utara Queensland semasa melakukan penggambaran televisyen. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori