Rasa macam baru lagi harga rokok dinaikkan pada September tahun lepas tapi sekali lagi, harga baru diperkenalkan kepada perokok negara ini.
Antara yang mendapat kesan adalah perokok Dunhill, Benson & Hedges dan Kent yang dijual pada harga baru RM13 bagi kesemua jenis pek 20 batang iaitu naik RM1 daripada harga sekarang.
Lucky Strike pula berharga RM13.50.
Rokok lain yang turut dinaikkan harga adalah Rothmans (RM13.50), Peter Stuyvesant (RM11.50) dan semua jenis pek 20 batang Pall Mall (RM11.50).
Rokok di atas akan mula dijual pada harga baru bermula ESOK (8 September 2014).
Tapi agak pelik di sini, tak ramai pula yang merungut tentang kenaikan harga baru ini, agak-agak kenapa ya.
Pada firasat kami kebanyakan perokok yang terdiri daripada kaum lelaki terpaksa reda dengan peningkatan harga rokok dan tak mahu bising-bising sebab dibuatnya bini mereka tahu harga naik lagi, mahu disindir dan dipaksa berhenti merokok pula kan?
Sedangkan inilah motif utama kerajaan menaikkan cukai rokok sekali gus mempengaruhi harga baru iaitu untuk mengurangkan jumlah perokok di Malaysia. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC