Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lucu! 5 Sebab Kenapa...

MELIHATKAN tajuk sahaja sudah pasti membuatkan orang ramai beranggap mengapa perlu meletakkan unsur...

‘Anwar Bukan Tahanan Politik,...

TIDAK pernah ada tahanan politik di Malaysia, itulah ungkapan tegas bekas Ketua Polis...

Muhammad Safwan Didapati Bersalah...

Mahkamah Sesyen mendapati bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang @...

Puad Sindir PPBM Ada...

SINIS... Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi melontarkan soalan cepumas kepada Tan Sri Muhyiddin...

Ronaldo Ganas Ledak Empat Gol Benam Elche

BARCELONA – Cristiano Ronaldo menyambung rentak garang dengan empat gol termasuk dua sepakan penalti ketika Real Madrid bangkit untuk melakar kemenangan 5-1 ke atas Elche dalam saingan La Liga, pagi ini.

Pemain Terbaik Dunia itu kini sudah menyumbat tujuh gol dalam tempoh empat hari termasuk hatrik ketika membelasah Deportivo La Coruna 8-2, Sabtu lalu.

Walau pun Real bermain bola sepak yang cantik namun mereka tetap goyah di bahagian pertahanan dan kini tiga mata di belakang Barcelona.

“Saya pernah menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan beberapa kali dan usaha ini adalah atas usaha sepasukan,” kata Ronaldo.


“Segala-galanya berjalan baik untuk saya ketika ini dan rakan sepasukan juga banyak membantu.”

Real membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi Gareth Bale sebelum Ronaldo mengganas dengan empat gol pada minit ke-28 (penalti), 32,80 dan 90 (penalti) manakala gol sagu hati Elche menerusi Edu Albacar (m-15).

Sementara itu, Celta Vigo mengatasi Deportivo La Coruna 2-1 dan nyaris seri selepas Sergio Alvarez menyelamatkan rembatan pemain tengah, Haris Medunjanin dua minit sebelum tamat perlawanan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori