Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tun M, Dua Bekas...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua lagi individu telah mengemukakan...

Pengurusan Sumber Perlu Efektif,...

SANDAKAN - Iklim dunia yang sentiasa berubah memerlukan pengurusan sumber termasuk tanah dan...

PBB Rayu Rusia Henti...

MOSCOW – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Presiden Rusia agar menghentikan...

Wanita Sebar Foto Wajah...

AKHIRNYA.... Baru-baru ini tular wajah bayi yang dilahirkan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza...

Rooney Yakin England Mampu Cipta Kejayaan

WATFORD – Kapten baru England, Wayne Rooney tidak sesekali menganggap berjaya menggalas tugasnya dengan baik seandainya gagal membantu skuad Three Lions menamatkan badi menjulang kejuaraan trofi.

Penyerang berusia 28 tahun Manchester United itu mengambil alih tugas ditinggalkan pemain Liverpool, Steven Gerrard, minggu lalu yang mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa selepas Piala Dunia.

Dengan 96 kaps bersama pasukan kebangsaan, pengalaman yang dimiliki Rooney adalah sekali ganda berbanding pemain lain dalam skuad Roy Hodgson ketika ini.

Dan selepas sekian lama bersama skuad kebangsaan termasuk mengharungi lima kekecewaan pada kejohanan besar, Rooney yakin England yang akan bertemu Norway pada aksi persahabatan, hari ini masih mampu mencipta kejayaan.

“Saya sentiasa mahu menjulang trofi bersama England dan jika saya berjaya membantu pasukan untuk melakukannya, ia adalah kemuncak dalam kerjaya saya,” katanya.

“Ia akan menjadi sesuatu yang amat sukar namun saya benar-benar yakin ia mampu dicapai. Lihat kepada pemain yang kami miliki. Mereka pemain yang menarik. Mereka perlu melakukan apa yang mereka buat bersama kelab bersama England, dan kami bersatu.


“Sudah tentu ia sesuatu yang sukar. Ia adalah untuk negara kami namun ia juga adalah sasaran kami. Membazir jika tidak mempunyai sasaran itu ataupun keinginan itu,” katanya.

Rooney turut memuji beberapa bekas kapten England antaranya bekas rakan sepasukan di United, Gary Neville dan David Beckham selain Gerrard.

“Saya rapat dengan Steven dan mungkin lebih mencontohinya berbanding kapten lain, bagaimana dia mengawal dirinya dan juga pasukan. Dia mempunyai kedua-dua kualiti dimiliki David dan Gary,” katanya yang kini berdepan persaingan lebih sukar di United dengan kehadiran Radamel Falcao.

Sejumlah 40,000 penonton dijangkakan menyaksikan perlawanan hari ini dengan Rooney mengakui mereka terdesak untuk memberikan harapan kepada peminat menjelang perlawanan kelayakan pertama Euro 2016 menentang Switzerland pada Isnin. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori