Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia: Perancis ‘Peluh’...

SEPERTI diramalkan banyak pihak, Perancis berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua Piala Dunia...

Bunuh Majikan Kerana Berang...

Melaka: Tidak tahan sering dimarahi kerana gagal menyiapkan kerja, seorang buruh ladang sawit...

Terbaik..! Nikah Awal Di...

UPACARA akad nikah sememangnya momen yang mendebarkan buat pasangan pengantin, lebih-lebih lagi pengantin lelaki.Apa tidaknya,...

Wanita & Budak Lelaki...

BUTTERWORTH - Polis sedang mengesan seorang wanita dan kanak-kanak lelaki yang mencuri telefon...

Sabah Perlu Berwaspada Terhadap Militan IS

KOTA KINABALU – Sabah perlu berwaspada terhadap ancaman keganasan militan Negara Islam (IS) berikutan rangkaiannya dikaitkan dengan kumpulan militan di selatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin berkata, kumpulan militan di Filipina telah menyatakan sokongan mereka terhadap IS dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara.

“Kita tidak mahu menakutkan orang-orang di Sabah, tetapi ini adalah satu kenyataan dan ancamannya jauh lebih besar daripada penculikan, dan jenayah rentas sempadan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat tahunan Umno Bahagian Penampang di sini, Ahad.

Hishammudin berkata, ini berikutan gesaan pihak tertentu untuk memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.


Beliau berkata, Kementerian Pertahan telah menaik taraf pelbagai pangkalan hadapan di pantai timur Sabah bagi memperkukuhkan lagi keselamatan di negeri itu.

“Kita telah bersetuju secara dasarnya bersama Petronas untuk menggunakan pelantar minyak lamanya yang akan diubah suai kepada pangkalan hadapan di sepanjang pantai Sabah,” katanya sambil menambah bahawa mereka merancang untuk menempatkan dua pangkalan seumpama itu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori