Bagi peminat bola sepak liga Inggeris yang memilih Arsenal sebagai pasukan pilihan, mereka tentu menyimpan impian untuk menjejak Stadium Emirates satu hari nanti.
Bagaimana pun bagi satu kumpulan penyokong Arsenal dari Malaysia yang telah menjejakkan kaki ke sini, mereka telah melakukan sesuatu yang membanggakan.
Apa tidaknya atas inisiatif mereka tertampallah banner dalam Bahasa Melayu tertulis ‘MALAYSIA kelahiranku ARSENAL pilihanku.’
Perkara ini dimaklumkan salah seorang fan Arsenal yang terlibat dalam usaha memasang banner di atas bagi menjawab pertanyaan admin facebook Friends of BN yang bertanyakan kesahihan gambar.
Sebenarnya memang ramai tak percaya malah ada yang menganggap gambar ini palsu dan diedit sedangkan ia memang real.
Wah, memang salut sebab penyokong Arsenal atau Gooners nampaknya tidak melupakan negara sendiri meski pun teruja berada di stadium luar.
Malah difahamkan, ini merupakan banner kedua selepas banner pertama yang memaparkan Jalur Gemilang dipasang merentangi tempat duduk penonton di Stadium Emirates sebelum ini.
Bagus.. bagus… apa pun diharapkan sokongan serupa turut diberikan kepada pasukan Harimau Malaya walau pun kemaraannya buat masa ini tidak segarang kelab bola sepak luar negara yang anda sokong ok? – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC