Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hospital Swasta Caj Melampau...

PETALING JAYA - Penderma darah mendakwa hospital swasta mengenakan caj yang tinggi kepada...

Dera Anak Kandung Kerana...

KOTA BHARU - Dicucuh dengan api rokok dan kulitnya ditoreh guna pisau. Itu penderitaan...

Raja Salman Jemput Imran,...

AKRAB... Penjaga Dua Masjid Tanah Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menjemput Perdana...

670 Bakal Mahasiswa Terima...

KEMAMAN - Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Dungun dan Kemaman menerima bantuan...

Saman Suami Isteri Terhadap Syabas Ditolak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menolak saman yang difailkan oleh pasangan suami isteri terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana melanggar kewajipan sebagai badan berkanun untuk membekalkan air bersih dan menyediakan tekanan air yang mencukupi ke rumah mereka.

Hakim Datuk Rosnaini Saub memerintahkan plaintif Hashim Maon dan isterinya, Sapiah Putih membayar kos RM10,000 kepada Syabas dan seorang lagi defendan, Mat Saman Mat Soom, yang ketika itu merupakan pemangku ketua Cawangan Gombak Syabas.

Rosnaini bagaimanapun membenarkan tuntutan balas Syabas terhadap pasangan itu bagi kerugian dan kerosakan kerana melakukan penyambungan haram bekalan air melalui pemasangan paip fleksibel yang tidak sah dan menyalahi undang-undang dan
menikmati bekalan air secara percuma bagi tempoh 42 hari mulai 10 Jun 2011 hingga 21 Julai 2011.

Mahkamah memerintahkan Hashim dan Sapiah membayar RM1,000 kepada Syabas bagi kos operasi dan RM194 untuk penggunaan air bagi tempoh 42 hari.

Pasangan itu yang pada masa itu tinggal di rumah teres dua tingkat di Kampung Kerdas 2, Gombak, di sini, memfailkan saman itu pada 2012 berhubung kualiti air dan tekanan air rendah.

Rosnaini, dalam penghakiman setebal 20 muka surat itu berkata selepas mengkaji bukti, beliau berpendapat Hashim and Sapiah gagal membuktikan kes mereka terhadap Syabas berhubung dakwaan mengenai kualiti dan tekanan air.

Ketika menolak saman itu, beliau memutuskan bahawa plaintif gagal membuktikan tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian bahawa Syabas telah melanggar kewajipan mereka sebagai badan berkanun untuk membekalkan air ke rumah mereka kerana terdapat bukti bahawa kualiti air yang dibekalkan adalah mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.


Tambahan pula, beliau berkata tekanan air juga adalah sesuai bagi kawasan itu, yang menempatkan rumah plaintif.

Rosnaini berkata tiada bukti yang dikemukakan di mahkamah oleh pasangan itu untuk menunjukkan pemilik rumah di kawasan itu juga menghadapi masalah serupa mengenai tekanan air.

“Seperti yang saya maksudkan, plaintif mungkin bertanggungjawab bagi masalah tekanan air kerana mereka melakukan pemasangan paip secara tidak sah,” katanya. Rosnaini berkata hanya plaintif yang membuat aduan berhubung kualiti air manakala tiada bukti untuk menunjukkan bahawa pemilik rumah lain di kawasan itu menghadapi masalah sama.

Beliau juga berkata tidak dipertikaikan bahawa plaintif telah membuat penyambungan semula bekalan air menggunakan paip fleksible tanpa kebenaran daripada Syabas dan perbuatan itu adalah suatu kesalahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar bukti daripada enam saksi plaintif dan tujuh saksi defendan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori