Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isteri Selamat Bersalin, Lan...

SEBELUM ini, penyanyi Lan Solo memberitahu bahawa dia berasa khuatir jika tidak sempat...

Peminat Tanya, Beer Siapa...

Sekali imbas, memang tak ada apa yang silap dengan gambar di atas. Apa...

5 Modul, 3 Sub-Modul...

KLUANG - Kerajaan bakal memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Program Latihan...

Usia Bukan Penghalang, Ruhainies...

USIANYA dalam industri hiburan masih lagi hijau dan dianggap 'anak kecil' jika dibandingkan...

Samsung Galaxy A5, Rekaan Berasaskan Bingkai Logam Tertiris

Sebuah laporan dari laman web SamMobile mendakwa Samsung sedang membangunkan sebuah telefon pintar yang dinamakan Samsung Galaxy A5.

Daripada gambar yang tertiris, peranti terbaru tersebut dilihat membawakan rekaan yang lebih kurang sama dengan Galaxy Alpa.

SM-A500-GALAXY-A5-6

SM-A500-GALAXY-A5-7

Peranti tersebut hadir dengan bahagian tepi yang rata seakan iPhone 5 berbanding kebiasaan telefon pintar Samsung yang mempunyai bahagian tepi yang lebih melengkung.

Galaxy A5 ini dilihat menggunakan bahan binaan kerangka yang sedikit berbeza dan dikatakan akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih sejuk berbanding penggunaan plastik pada Galaxy S5.


Dari segi spesifikasi, Galaxy A ini dikatakan akan dilengkapi skrin bersaiz 5 inci Super AMOLED, kamera belakang 13 megapixel dan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 400.

SM-A500-GALAXY-A5-8

 

Secara kasarnya, ia boleh dikatakan sebagai spesifikasi pertengahan dan mungkin akan ditawarkan pada harga yang sedikit rendah berbanding keluarga peranti premium Samsung yang lain.

Sumber: SamMobile

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori