Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

NADMA Di Peringkat Negeri...

KUALA LUMPUR - Cadangan mewujudkan cawangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di peringkat...

Malaysia Terima Manfaat Inisiatif...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Malaysia akan...

Demi Cantik, Aznil Nawawi...

PENGACARA no.1 Malaysia, Datuk Aznil Nawawi mendedahkan dia menghabiskan kira-kira RM4,000 setiap bulan...

Tahanan Lolos Ketika Dalam...

GEORGE TOWN - Seorang tahanan polis mengambil kesempatan melarikan diri apabila pintu van yang...

Samsung Lancar Note 4 ‘Phablet’ Lebih Awal

SEOUL – Pengeluar telefon mudah alih terbesar dunia, Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) hari ini melancarkan versi terbaharu telefon pintar bersaiz besar, Galaxy Note 4 lebih awal daripada yang dijangkakan selepas Apple Inc melaporkan rekod jualan terhadap iPhone 6.

Mengikut Samsung, Galaxy Note 4 – mulanya dijadual untuk dilancarkan pada Oktober – akan berada di pasaran di Korea Selatan dan China minggu ini sebelum dijual di 140 negara menjelang akhir bulan depan.

Ia akan menjadi sejarah buat pertama kali produk Samsung dijual di pasaran China lebih awal daripada pasaran lain sekali gus mencerminkan keinginan firma teknologi berkenaan mahu bersaing dengan produk buatan China yang lebih murah.

Keputusan untuk mempercepatkan tarikh pelancaran itu juga dibuat selepas pesaing terdekat, Apple melaporkan rekod tempahan awal terhadap rangkaian terbaharu iPhone, termasuk iPhone 6 Plus hujung minggu lalu – kemasukan buat julung kali firma dari Amerika Syarikat ke dalam segmen skrin besar.

Jumlah jualannya berjaya mencatatkan 10 juta unit dalam masa tiga hari selepas dilancarkan di Amerika Syarikat, Britain, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico dan Singapura, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, iPhone terbaharu itu masih belum terdapat di pasaran China.

Samsung mempelopori pasaran untuk segmen peranti ‘phablet’ – saiz antara telefon pintar dan komputer tablet – apabila memperkenalkan siri Galaxy Note pada 2011.


Malah, menerusi pengenalan telefon pintar Galaxy S, syarikat gergasi elektronik Korea Selatan itu berjaya menyingkirkan Apple sebagai pengeluar terkemuka telefon pintar.

Namun, Samsung berdepan dengan cabaran yang semakin sukar dalam pasaran yang besar di mana persaingan daripada pengeluar telefon murah China didapati bertambah kebelakangan ini.

Samsung pada Julai lalu melaporkan penurunan 20 peratus keuntungan bersihnya bagi suku kedua manakala sahamnya kini diniagakan pada paras rendah dalam tempoh dua tahun.

“Kami buat masa ini melalui keadaan perniagaan yang sukar,” kata Ketua Jualan dan Pemasaran bagi unit mudah alih Samsung, Lee Don-Joo pada majlis pelancaran Galaxy Note 4 di sini.

“Tetapi… kita berharap bahawa kita akan dapat pulih tidak lama lagi berdasarkan kepada keupayaan kami terhadap inovasi teknikal,” katanya. – AFP

Samsung Lancar Note 4 'Phablet' Lebih Awal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori