Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Syarikat Mexico Temui Telaga...

MEXICO – Syarikat minyak Sierra Oil and Gas mengumumkan penemuan sebuah medan minyak...

Mengapa Sudu Aiskrim McFlurry...

BUAT peminat aiskrim McFlurry di restoran McDonald's, pasti anda mungkin tertanya-tanya mengapa sudu...

Luahan Hati Pengusaha Stesen...

LUAHAN dari sahabat pengusaha stesen minyak…(dihantar melalui email kepada pihak Mynewshub, penulis merayu...

Mangsa Banjir Di 4...

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah yang...

Samsung Tubuh Sekolah Khusus Untuk Latih Pakar Ultrasound

PETALING JAYA – Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd mengorak langkah membantu pengamal perubatan di negara ini mempertingkat kemahiran berkaitan peralatan ultrasound, dengan menubuhkan Sekolah SONO Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)-Samsung.

Sekolah itu yang pertama seumpamanya di Malaysia dirasmikan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh di PPUM di sini, hari ini.

Presiden SME Lee Dong Yong berkata Sekolah SONO PPUM-Samsung bertujuan menyediakan pengamal perubatan yang memiliki latihan berkualiti dalam ultrasound serta meningkatkan kemahiran diagnostik mereka.

“Kami berharap sekolah ini memberi tumpuan kepada pendidikan dan latihan untuk pengamal perubatan yang akan memberi manfaat kepada industri penjagaan kesihatan,” katanya dalam ucapan sebelum majlis perasmian.


Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaluddin berkata penubuhan Sekolah SONO PPUM-Samsung menyediakan potensi besar untuk memanfaatkan kemahiran dan teknik penyelidikan perubatan, membolehkan mereka menggunakannya bagi penyelesaian praktikal yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Sekolah SONO PPUM-Samsung terletak di Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak, PPUM, dan kewujudannya membolehkan pelajar mendapat manfaat daripada ruang khusus seperti bilik teori dan bilik praktikal untuk sesi simulasi perubatan.

Latihan di Sekolah SONO itu dikendalikan sonografer berkelayakan dan menawarkan latihan kurikulum kepada hampir 200 pengamal perubatan termasuk doktor latihan, ahli radiologi dan juruteknik makmal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori