KUALA LUMPUR “Saya bersuara dan memberikan pendapat demi kemajuan bola sepak negara, bukan kerana tidak terpilih dalam kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),†tegas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Malah, baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan tidak berminat untuk mengambil alih jawatan Presiden FAM sekiranya diberi peluang pada waktu ini.
“Sekiranya diberi peluang untuk mengambil alih jawatan sebagai Presiden FAM sekalipun, buat masa ini, saya tidak berminat.
“Saya lebih sayangkan Johor dan PBNJ. Saya juga sedar bahawa saya tidaklah sehebat presiden persatuan bola sepak negeri-negeri lain,†katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, Tunku Ismail meminta golongan yang tidak berpuas hati dengan tindakannya mengkritik skuad Kebangsaan supaya berfikiran terbuka demi kebaikan bola sepak tanah air dan persatuan serta kelab negeri.
TMJ dalam pada itu menjelaskan baginda tidak bersetuju pasukan negara mengadakan perlawanan persahabatan dengan Terengganu kerana berpendapat Harimau Malaya tidak patut mengadakan mana-mana perlawanan dengan pasukan dalam negara.
Jelas baginda, Harimau Malaya sepatutnya bermain dengan pasukan-pasukan bertaraf antarabangsa kerana secara tidak langsung dapat membantu pasukan dan dapat memperbaiki ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pasukan negara.
Tunku Ismail dalam pada itu mempersoalkan wang tajaan yang diberikan Astro kepada FAM sebanyak RM30 juta tahun ini tetapi persatuan bola sepak di negara ini hanya menerima sebanyal RM150,000 sahaja.
Justeru, baginda melahirkan harapan Liga Malaysia diswastakan bagi mengurangkan beban pasukan yang bersaing di liga tempatan.
Mynewshub.my pada 14 September lalu melaporkan TMJ mengkritik jurulatih Harimau Malaya iaitu Dollah Salleh dan Datuk Ong Kim Swee berikutan prestasi buruk dipamerkan skuad negara dalam aksi di luar negara.
Baginda menyifatkan persembahan dua skuad Harimau Malaya masing-masing di Indonesia dan Korea Selatan sangat kelam kabut yang dikhuariti boleh menjejaskan masa depan bola sepak negara.
Dalam perlawanan pada hari tersebut pasukan senior Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh tumpas 2-0 ditangan Indonesia dalam siri persahabatan Kejohanan AFF yang akan berlangsung di Singapura bermula 23 November depan.
Manakala skuad Bawah 23 Harimau Malaya kendalian Datuk Ong Kim Swee tewas 3-0 ditangan pasukan Korea Selatan dalam perlawanan yang berlangsung di Incheon bagi Sukan Asia 2014.