BERMODALKAN sayur tauge, iklan ini mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.
Filem pendek yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi Thailand, AIS sebagai kempen tanggungjawab sosial syarikat itu dikenali sebagai projek ‘SARNRAK’, sebuah kempen mendidik ibu bapa untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka.
Ia mengisahkan cerita seorang gadis bernama Zhu, yang ingin menanam tauge untuk dijual bersama ibunya, namun menghadapi pelbagai masalah. Bagaimanapun, setiap kali gagal, ibunya sentiasa bersikap positif dengan kata-kata keramatnya “mari kita cuba lagi”.
Kanak-kanak itu kini telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang PHD dikenali sebagai Dr. Netnapa Saelee dibantu oleh biasiswa dari projek Sarnrak. Kini beliau masih melakukan kerja-kerja kajian di Sweden.
Mungkin, di negara kita isu pendidikan sememangnya penting. Oleh itu, mungkin kita tidak memerlukan kempen kesedaran pendidikan, namun pengajaran penting dari dari iklan tiga minit itu adalah betapa pentingnya sokongan keluarga dalam proses pembelajaran. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK KAWASAN