AKHIRNYA pelakon popular Scha Al-Yahya mengotakan janjinya memperkenalkan nama dan wajah cahaya mata pertamanya selepas dirinya habis tempoh berpantang menerusi laman akaun Instagramnya, pagi tadi.
Lara Alana Ahmad Awaluddin merupakan nama permata hatinya yang dilahirkan pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court,Kuala Lumpur.
Sebelum ini pasangan itu hanya mengelarkan anak mereka sebagai Baby L, sehingga membuatkan peminat berteka-teki mengenai nama sebenarnya si baby Lara ini.
Nah, tataplah puas-puas wajah anak pasangan popular ini.. memang comel, dah besar mesti cantik dan manis persis ibunya kan.. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE